Ada Apa Dengan RAUDHAH?
19 Disember 2008 at 12:18 | In Uncategorized | Leave a Comment
Rumah Upayadaya dan Harapan al-Rahman (RAUDHAH) adalah sebuah rumah transit yang mensasarkan kepada kumpulan remaja dan wanita bermasalah yang diselenggara oleh Persatuan Ulama’ Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) dan Sekretariat Dakwah Pulau Pinang. Terletak di sebuah tanah amal di Seberang Perai, Pulau Pinang, RAUDHAH diharap dapat menjadi rumah singgah (transit) kepada pelbagai lapisan masyarakat Muslim yang berhasrat mengubah nasib hidup mereka dan menjadikan Islam sebagai panduan dan jalan hidup baru. RAUDHAH yang mempunyai maksud taman cuba membawa konsep ketenangan dengan menekankan ilmu dan kerohanian sebagai faktor makhraj (مخرج) yakni jalan keluar atau jalan perubahan. Pelatih akan mengikuti program ‘uzlah (عزلة) dan tazkiyah (تزكية) yakni penyucian dan pendidikan selama 6-9 bulan di pusat ini.
Jaringan RAUDHAH sepanjang 10 tahun terlibat dalam menangani permasalahan sosial meletakkan harapan agar RAUDHAH dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberi peluang kepada mereka yang insaf dan ingin pulang ke pangkal jalan iaitu fitrah (فطرة). RAUDHAH mempunyai penyertaan yang sangat terhad untuk setiap kemasukan. Anda atau keluarga yang memerlukan bantuan RAUDHAH dalam mencari jalan pulang diminta menghubungi sekretariat perhubungan berikut. Bagi mereka yang berhasrat memberi sumbangan amatlah dialu-alukan. RAUDHAH dan jaringan RAUDHAH juga menyediakan program latihan (LANDAS), kaunseling (percuma) dan program pendidikan dan kesedaran bagi pihak-pihak yang memerlukan. Kami juga memerlukan sukarelawan, tenaga pengajar (agama, akademik asas dan kemahiran hidup), aktivis dan kaunselor yang dapat membantu kami seadanya.
Pandangan dan suara hati anda boleh disalurkan di sini.
Semoga usaha kecil ini diberkati Allah. Doakan kami.
Anak itu lahir..
12 November 2009 at 05:55 | In Uncategorized | Leave a CommentSepanjang dia gelisah diwad bersalin ditemani neneknya..Saya terpaksa menemani Si Ibu keluar..Ibu yang 16 tahun mendidik satu satunya anak perempuan yang ada itu tidak sanggup untuk melihat situasi itu..
Si Ibu: “Mak mana yang sanggup terima bila dipeluk satu satunya anak perempuan yang ada, terasa ada penghalang diantara kami…anak itu..kenapa perlu Allah ajar anak makcik sampai tahap ini? tahap melahirkan anak tanpa nikah?? Dia bukan sebarang budak, cerdik orangnya..tapi kenapa boleh jadi macam ni Nas?? adik beradikpun tak tahu..Tak sanggup makcik nak cerita pada abang abang dia yang dalam bidang agama tentang adik yang hanyut..Makcik nak die balik dalam keadaan dia yang makcik kenal dulu..makcik tak nak tengok anak tu..makcik xnak ada kaitan dengan orang yang akan ambil anak tu..makcik xnak anak makcik tahu siapa yang ambil anak tu Nas..”
Saya: “Makcik..Allah uji maksudnya Allah sayang pada kita, Allah sedang tarik perhatian kita supaya kita tak terus lalai..mungkin ini cara Allah mengingatkan kita tentang betapa pentingnya anak anak kita ni dididik supaya takutkan Allah.. saya tak bermaksud makcik tak didik dia dengan baik, tapi Allah berkehendakkan itu yang terjadi..semoga Allah bagi ketenangan pada makcik, pakcik dan nenek.. saya minta maaf,secara jujurnya,dalam Islam,kita kena ambil tahu tentang nasab keturunan setiap dari manusia yang ada..andai kata makcik taknak tahu langsung tentang keluarga yang akan ambil bayi yang ada darah makcik ni,saya takut lebih banyak perkara yang tidak baik berlaku..jumpalah makcik..saya percaya ustazpun akan suruh makcik dan anak makcik jumpa dan kenal siapa keluarga angkat bayi tu..”
“awan cantik yang ditunggu tidak datang..yang ada hanya awan yang gelap..”
itulah anggapan Si Ibu…
3 November 2009
Mereka menyerahkan anak itu disaksikan oleh Ustaz Hafiz dan Isteri serta penyelaras yang ada..yang paling penting disaksikan oleh Allah Azza Wajalla.. Semoga apa yang berlaku semasa penyerahan anak itu menusuk setiap jiwa yang ada untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik..anak yang lebih baik..ibu yang lebih baik..ayah yang lebih baik..saudara seIslam yang lebih baik dan hamba Allah yang lebih baik..

KAUNSELING KASIH AR-RAHIM (KEKASIH)
6 Oktober 2009 at 03:58 | In Pengumuman | 3 CommentsMelihat pada spektrum dan kepelbagaian kelompok bermasalah dan menyedari keperluan bahawa insan-insan bermasalah ini ada di antara mereka tidak mampu mengikuti program pemulihan berterusan dan “dakwah kaki lima” yang berlangsung dalam waktu yang singkat, sukar membawa perubahan yang berkekalan. Ini termasuk masalah individu berkeluarga dan berkerjaya yang terjebak dalam gejala sosial dan memerlukan pertolongan. Sayugia itu sebuah program kaunseling percuma diatur dengan iaitu Kaunseling Kasih Ar Rahim (KEKASIH). Model program ini sedang berjalan secara terbatas di Pusat Tafaqquh Al-Ghazali PUM PP Pulau Pinang.
Hubungi Saudari Sakinah (019-4715407) atau Saudara Nurfitri Amir (019-5989382) untuk temujanji.
Arak pembunuh senyap
6 Oktober 2009 at 03:53 | In Isu semasa | Leave a CommentOleh Shaidah Shafie & Fatin Hafizah Mohd Shahar
Alkohol memudaratkan kesihatan, punca pelbagai gejala sosial
SUDAH menjadi fitrah manusia, yang dilarang itulah yang sangat ingin mereka lakukan. Larangan meminum arak bagi umat Islam misalnya, walaupun ditegah, ada saja individu bertindak melanggar tegahan berkenaan walaupun mengetahui hukum daripada perbuatan mereka.
Justeru, keputusan Mahkamah Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman sebat ke atas beberapa individu termasuk kes model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, kerana kesalahan meminum arak seharusnya dijadikan iktibar, bukan perdebatan.
Walaupun keinginan Kartika untuk dirotan sebagai memberi pengajaran kepada individu lain yang melakukan kesalahan sama mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat, dari satu segi, tindakan Kartika itu sebenarnya wajar dilihat dari sudut positif kerana selain bersedia dirotan, beliau juga menunjukkan rasa insaf dan kesal yang bersungguh-sungguh.
Hakikatnya, Islam mengharamkan umat Islam meminum arak kerana minuman yang dilabelkan sebagai air kencing syaitan itu mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan, justeru wajar bagi manusia waras menjauhi sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat dalam kehidupan mereka.
Pensyarah Kanan & Pakar Perunding Bedah Jantung dan Paru-paru Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Mohd Ramzisham Abdul Rahman, berkata arak adalah minuman beralkohol yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada individu yang meminumnya.
Katanya, kesan berkenaan terbahagi kepada dua, iaitu kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang yang kedua-duanya amat tidak baik kerana boleh mencetus kepada gejala sosial dalam masyarakat.
“Pengambilan arak boleh menimbulkan kesan negatif kepada individu yang mengambilnya. Kesan jangka pendek dapat dilihat dalam 24 jam ke 48 jam pengambilan. Apabila individu mengambil alkohol, otak tidak dapat berfungsi dengan baik kerana sudah dipengaruhi kesan alkohol.
“Kesan berkenaan menyebabkan individu tertekan, tidak dapat berfikir dengan waras seperti hilang rasa malu, hilang kawalan diri dan boleh bertindak di luar keadaan yang normal seterusnya mendorong mereka melakukan tindakan yang tidak wajar,” katanya.
Dr Ramzisham berkata, kesan jangka panjang pula boleh menyebabkan organ dalaman mengalami kerosakan dan ketagihan berpanjangan kepada individu berkenaan. Selain itu, ada banyak komplikasi lain lagi yang akan berlaku kepada organ dalam badan.
“Lazimnya, kesan jangka panjang menjadikan individu peminum arak mengalami sindrom halusinasi dan ketagih meminum arak yang boleh menyumbang kepada kerosakan otak dan urat saraf.
“Kesan pada jantung yang amat merbahaya akan juga berlaku. Keadaan ini dinamakan alcoholic cardiomyopathy yang mana keadaan jantung akan menjadi lemah dan dalam tempoh masa tertentu akan menyebabkan ia gagal berfungsi,” katanya.
Beliau berkata, kesan alkohol terhadap organ badan manusia terlalu hebat dan mampu merosakkan hampir keseluruhan organ utama dalam badan tanpa mengira jantina.
“Usus dan hati juga termasuk dalam komponen organ utama. Kedua-duanya mempunyai kaitan antara satu sama lain. Penyakit lazim yang akan berlaku kepada hati jika mengambil alkohol ialah radang hati.
“Apabila berlaku radang hati, lama kelamaan akan berlaku ‘cirrhosis,’ iaitu apabila berlaku pengambilan alkohol hati boleh menjadi bengkak. Setiap kali bengkak, hati akan mendapat kesan parut. Akibat ada kesan parut berkenaan, ia akan mengecut dan fungsi hati akan terganggu,” katanya.
Dr Ramzisham berkata, apabila keadaan ini berlaku, hati kurang berfungsi serta darah berkurangan di kawasan berkenaan lalu menyebabkan salur darah pada bahagian perut dan esofagus akan kembang serta bengkak seterusnya bakal berlaku pendarahan serius.
“Hati menjadi rosak dan tidak berfungsi. Usus juga akan mengalami ulser seterusnya dalam jangka masa panjang, ia akan merebak menjadi kanser perut. Kesan lebih dahsyat kelenjar pankreas juga akan membengkak, menjadi keras dan rosak.
“Pankreas berfungsi mengeluarkan rembesan untuk menghadamkan makanan, mengeluarkan insulin dan jika insulin tidak cukup dikeluarkan, individu berkenaan akan mendapat penyakit kencing manis, mati pucuk (bagi lelaki), salur darah rosak, tidak subur dan pada masa sama akan menyebabkan daya seks menurun,” katanya.
Berdasarkan pelbagai keburukan itu, nyata sekali mengapa Islam melarang umatnya mengambil minuman yang tidak mendatangkan kebaikan melainkan hanya memudaratkan kesihatan.
Najis Yang di Minati
25 Ogos 2009 at 07:35 | In Isu semasa, Sosial | Leave a CommentRisau kelibat penagih dadah(Utusan Malaysia-25 Ogos 09)
Oleh WAN SYAMSUL AMLY kota@utusan.com.my

|
Dua orang penagih dadah mengambil kesempatan dari kesunyian di kawasan tangga sebuah flat di Bukit Bintang untuk melepaskan ketagihan mereka terhadap dadah. – utusan/Noor Asrekuzairey Salim
|
KUALA LUMPUR 24 Ogos – Sebut sahaja Bukit Bintang, tiada siapa yang boleh menafikan kehebatannya dari segala segi, baik untuk membeli-belah, sebagai pusat pelancongan, pusat hiburan mahu pun sebagai pusat perniagaan.
Dengan kedudukannya dalam kawasan segi tiga emas ibu negara, Bukit Bintang tidak pernah mati daripada keriangan dan tidak pernah
tidur daripada segala macam aktiviti. Sebagai kawasan tumpuan ramai, Bukit Bintang sememangnya dibina bagi melambangkan kemewahan ibu negara. Namun, di sebalik keme
wahan itu, di satu sudut lain Bukit Bintang, di tangga salah sebuah bangunan kediaman di situ, terdapat beberapa penagih yang menjadikan kawasan itu sebagai tempat melepaskan ketagihan mereka.
Seorang suri rumah, Tan Suh Leng, 42, yang tinggal di situ turut membawa wartawan Utusan Malaysia melihat sendiri aktiviti penagihan dadah di tangga menghala ke rumahnya di tingkat empat sebagai bukti dakwaannya itu benar.
“Tengok sendiri, mereka sudah ada di sini sejak pagi. Bayangkan perasaan kamu jika perkara ini berlaku di rumah sendiri?,’’ katanya semasa membawa kami melihat sendiri situasi itu.
Katanya, penagih yang mula ‘mendiami’ kawasan tangga rumahnya seawal pukul empat pagi sehingga satu pagi itu disifatkan benar-benar ‘menakutkan’ dan menjadi sebab untuknya sentiasa menutup pagar rumahnya. “Saya takut. Mereka ada di situ pada setiap pagi apabila saya hendak menghantar anak ke sekolah.
“Penagih-penagih ini akan berada di dalam keadaan tidak sedar dan bergelak ketawa sesama mereka. Mereka silih berganti dan dianggarkan ada kira-kira enam orang yang selalu ada di tangga ini,” ujarnya.
Suh Leng yang tinggal bersama suami dan tiga anaknya sejak 15 tahun lalu juga sudah tiga kali menghubungi polis dan meminta pihak berkuasa itu ‘membersihkan’ penagih berkenaan.
Tambahnya, walaupun mengakui polis ada menangkap penagih berkenaan namun kegiatan itu seolah-oleh tidak menemui jalan penghujung. “Ada yang diberkas dan kemudian esoknya ada muka lain pula. Mereka seolah tidak pernah serik dan menjadikan kawasan tangga ke rumah saya sebagai lokasi paling strategik.
“Setiap kali saya turun untuk membeli barang atau keluar, mereka akan menegur dalam nada sindiran dan itu benar-benar menak
utkan,” katanya.
Tambahnya, paling dirisaukan penagih itu akan memecah masuk ke rumahnya dan merompak barang-barang berharga miliknya. “Tindakan itu tidak mustahil dilakukan oleh penagih berkenaan dan pihak berkuasa perlu memantau kawasan ini dan membersihkannnya daripada terus menjadi sarang penagih.
“Sekarang mereka sudah berani menconteng dinding di tepi rumah dan merosakkan lampu di tangga. Saya takut mereka ini akan bertindak dengan lebih agresif lagi.
“Harap tidak berlaku perkara yang lebih buruk seperti rompakan. Sebab itu saya tidak pernah alpa untuk mengunci pintu dan pagar rumah,” jelasnya.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati penagih itu memang berada di tangga berkenaan dan meneruskan aktiviti mereka tanpa menghiraukan khalayak.
Kawasan perumahan yang didiami Suh Leng turut didiami beberapa penyewa lain dan difahamkan mereka adalah warganegara asing. “Rasanya keluarga saya sahaja warganegara di sini. Penghuni lain rasanya rakyat asing. “Saya jarang nampak jiran-jiran lain.
Mereka semua ‘menutup pintu’ dan tidak bercampur gaul dengan masyarakat sekeliling,’’ ujarnya.
Tinjauan Utusan Malaysia juga mendapati kawasan berhampiran merupakan lokasi sebuah bar terkenal serta sebuah pusat snuker. Terdapat juga sebuah premis makanan segera serta beberapa warung yang menjadi tempat pekerja pusat beli-belah berhampiran berehat dan menikmati juadah semasa waktu rehat mereka.
Kata Suh Leng lagi, aduan yang dibuatnya adalah atas dasar tanggungjawab untuk melihat kawasan Bukit Bintang yang menjadi lokasi utama pelancong sentiasa bersih daripada jenayah.
Jelasnya, masyarakat negara ini akan merasa malu seandainya melihat kegiatan penagihan dadah negara yang terdapat di sini dan pastinya menjadi ‘buah mulut’ pelancong apabila kembali ke negara mereka kelak.
“Kita mahu semua pihak berkuasa membantu membersihkan gejala ini. Ini benar-benar memalukan lebih-lebih lagi apabila melihat sendiri penagih terbabit kemudiannya berlegar di sekitar Bukit Bintang.
“Dari Ahmad dan Abu Daud, Ummu Salamah berkata, ” Nabi Muhammad melarang pengambilan segala benda yang memabukkan dan melemahkan”
Di dalam kitab HALAL DAN HARAM, Dr Yusuf Qardawi pula berkata, “Hukum berkenaan haramnya narkotik disepakati oleh para ahli fikah dan ia dikenali sebelum ini sebagai al-khabaith (iaitu sesuatu yang keji”
Ramadhan Al-mubarak
24 Ogos 2009 at 04:40 | In Uncategorized | 1 Commentbulan ramadhan yang penuh berkat..


panjatkan syukur kepada Allah kerana kita dipertemukan semula dengan bulan Ramdhan yang penuh dengan keberkatan dan Allah meningkatkan amalan-amalan ibadah yang kita lakukan
Jalinan kasih di RAUDHAH=)
20 Ogos 2009 at 03:17 | In Diari RAUDHAH | Leave a Comment“Assalamualaikum farhana (sukarelawan RAUDHAH) hujung minggu ni boleh tak datang ke RAUDHAH…” kak kinah pengurus RAUDHAH menyampaikan hasratnya melalui telefon bersama gelak ketawanya yang kecil… hehe… aku tersenyum je =) dalam hati ku… “ memang hasrat hati nih nak pergi ke RAUDHAH untuk kunjungan kali ke dua.. tapi ada clash pula dengan rancangan ibu ku.”.. tapi kataku pada kak kinah… “akak don’t wory nanti farhana akan pergi jugak kalau diizinkan Allah”Pada hari sabtu yang lalu, ibu dan abah sibuk dengan urusan mereka sehinggakan tak jadi pula nak pergi ke rumah tok long pada hari sabtu itu.. apa lagi aku terus menghantar pesanan ringkas pada kak kinah mengatakan yang aku akan pergi ke RAUDHAH pada keesokan harinya…
Alhamdulillah akhirnya sampai juga aku di RAUDHAH.. tapi kali ini bukan sebagai pelawat tetapi sebagai tenaga pengajar.. hehe.. macam tak percaya pulak.. lebih kurang pukul 9.00 pagi aku tiba di sana.. mengikut perancangan kak aya (sukarelawan RAUDHAH) akan mengajar masak puding caramel pada pagi ni.. tapi masih belum sampai lagi.. jadi kelas ku bermula agak awal cikit… aku besama kak kinah menanti adik2 dan menuju ke pondok RAUDHAH… maka aku pun memulakan kelas dengan umul kitab Al-fatihah dan sesi taaruf.. melihat wajah-wajah ceria adik-adik yang begitu seronok dengan ilmu yang aku ajar ni.. bertambah semangat untuk mengajar… setelah itu aku perkenalkan topik mengajar ku pada pagi itu iaitu menjahit sulaman manik… maka adik-adik tersenyum membawa baju kesukaan mereka… gembiranya melihat mereka.. masing-masing berebut-rebut memilih manik yang bersesuaian dengan warna baju mereka…
“tenang sume… akak bawa sikit je ni manik.. jangan rebut-rebut.. mai akak pilihkan untukkamu semua yer..”
Suasana menjadi tenang kembali.. setelah 15 minit memperkenalkan apakah itu manik dan bahan2 lain seperti kain, jarum dan benang, kak aya pun tiba…
Ok semua jom kita pergi ke dapur… disana kak aya sudah menanti kita.. aku pun join sekali.. best nyer.. dapat belajar pudding caramel kak aya.. kak aya yang pemurah dengan senyumannya itu apalagi rasa mesra dan rapat sangat dengannya sepanjang sesi pengajaran Puding Caramel.
“Wah.. kak aya macam tu rupanya cara masaknye ek..” kataku pada kak aya.. masaknya kejap je dan bahan nye pun mudah,, tapi satu je huhu aku mungkin tak sempat nak merasakan pudding caramel tu. Kerana menurut kak Aya selepas selesai kukus puding itu kami perlu tunggu selama 6 jam untuk mendapatkan hasil yang baik. rezeki adik-adik di RAUDHAH la ni….Huhu.. namun aku beryukur sangat kerana dapat juga peluang untuk melihat cara membuat puding caramel. Gembiranya, tak sabar nak buat untuk ibu dan abah.. adik-adik pun mesti suka.. nyum-nyum..(^_^)
Setelah selesai masa menunggu itu aku bersama-sama adik-adik meneruskan semula kelas menjahit manik kami..
“akak tahun nih saya nak menjahit manik kat baju raya saya lah..” akak saya nak jahit baju manik kat mak saya..” akak saya rasa leceh lah kan nak jahit manik nih…” akak saya x nak tunjukkan pada akak jahitan saya”….
Suara adik-adik bersilih ganti menggamatkan suasana di RAUDHAH.. aku tersenyum dan sekali-sekala membalas pertanyaan mereka.. kadang-kadang rasa geli hati melihat telatah adik-adik yang baru hendak mengenal erti hidup ini.. sambil-sambil itu aku selitkan beberapa pengisian dan berkongsi pengalaman bersama mereka.. Alhamdulillah bersyukurnya aku dalam aku memberi aku juga menerima sesuatu yang amat bernilai sepanjang berada di RAUDHAH.
Lihat adik-adik.. ada yang mengatakan jahit manik ini nampak senang bukan.. tapi bila menjahit nya sendiri tidak kah ianya sukar dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang baik dan berkualiti.. pelbagai keluhan akk dengar =)
Begitulah ianya diibaratkan dengan hidup kita.. kalau akak ceritakan mengenai sebuah kehidupan bukankah ianya indah dan nampak manis.. tetapi diri sendiri yang hendak melalui kehidupan itu penuh dengan ujian dari Allah.. kadang-kadang kita boleh jatuh tersungkur jika tidak ada panduan yang betul dan juga tidak sabar… Adakah kita mahu tersungkur selama-lamanya?? Atau kita bangun semula menjadi insan yang berkualiti duniawi dan ukhrawi?? Tepuk dada Tanya iman adik-adik ye..
Setelah selesai kelas menjahit, kami makan tengah hari bersama-sama.. dalam talam berlaukkan sayur, ikan goreng, sardin dan juga sambal.. Alhamdulillah berseleranya aku makan hari tu.. sedap sangat… aku makan bersama seorang adik nih.. aku melihatnya tak bermaya untuk makan.. aku pun pelik…
“Adik.. kenapa macam tak berselera nih.. makan lah sardin nih…” kataku pada adik A***
“takpelah akak.. semalam saya dah makan sardin.. saya cepat jemu sikit akak..” jawab adik A***
“ooo macam itu ke.. makanlah lauk ikan nih..” kataku memujuknye..
Pesanan ku pada adik-adik.. janganlah cepat jemu.. bersyukurlah kita sentiasa pada setiap rezeki pemberian dariNya.. janganlah kita jadi hambaNya yang kufur akan nikmat yang diberi Allah.. Allah akan murka dan akan menarik kembali nikmat yang ada pada hambaNya yang tidak tahu bersyukur itu. Cuba kita fikirkan semula orang-orang yang daif dan miskin yang perlu menhitung hari untuk mendapatkan sebutir nasi.. tidakkah kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada.. makanlah wahai adikku sayang…
Azan zohor memecahkan suasana sepi kami.. adik-adik berlari-lari menuju ke tandas menyiapkan diri untuk solat berjemaah..
“ kak ana.. kami tunggu akak di pondok ye.. akak jadi imam ari nih.. hehe” kata adik W***
“Nape pula akak.. akak nak juga rasa adik jadi imamnye..” aku membalasnya dengan senyuman…
“huhu mana boleh akak.. setiap tetamu yang jarang datang di RAUDHAH mesti jadi imam kami.. jadi akak kene jadilah hihihi” balas adik M***
“Ok2.. tunggu jap akak datang nanti.. korang g dulu” kataku.
5 minit kemudian adik-adik sabar menunggu ku.. aku melihat mereka sembahyang sunat zohor.. Alhamdulillah syukurnya aku tengok.. (adik-adik di RAUDHAH mempunyai latar belakang dan sejarah yang berbeza) setelah selesai aku menjadi imam solat zohor aku memeluk erat setiap seorang adik-adik yang ada di situ.. rasa sebak di hati ni..tazkirah zohor menyusuri sesudah selesai melaksanakan solat fardhu zohor itu.. aku tidak melepaskan peluang untuk memberi sebanyak mungkin perkongsian ilmu pada mereka.. namun aku tidak dapat lama berada disitu.. selepas setengah jam berlalu aku terpaksa mengundur diri untuk pulang kerana hari sudah hendak hujan.. dan kak kinah menghantar pesanan ringkas bahawa kak kinah tak dapat menghantar aku balik sepertimana yang dirancangkan disebabkan ada hal yang tidak dapat dielakkan.. Aku bergegas menuju di persimpangan jalan untuk pulang. Alhamdulillah perjalanan pulang lancar dan aku selamat tiba di rumah sebelum menjelang senja.. =)
banyak aktiviti yang dijalankan untuk pengisian adik-adik di RAUDHAH….
hasil tulisan sukarelawan RAUDHAH
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.
