Perhubungan

Alamat:

Sekretariat RAUDHAH,

Serambi Dakwah,

Lot 3560, MK 16,

Lorong Bagan Lalang 22,

Taman Bagan Lalang,

13400 Butterworth Pulau Pinang.

Telefaks:

 

Telefon/SMS urusetia:

 

 

 

Komunikasi elektronik:

Emel: Raudhah.hijrah@yahoo.com

Yahoo Messenger: SerambiDakwahPenang

Blog: http://PerjalananPulang.wordpress.com

14 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

  1. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

    TAHNIAH kepada tenaga penggerak dakwah yang senantiasa mencari jalan untuk mentarbiyah ummat.

    Ana meyakini segala ini amat sulit dan payah untuk dibangunkan dengan sekelip mata. Namun apa yang diharapkan adalah segala usaha yang dijalan dan dilaksanakan oleh kalian senantiasa mendapat berkat juga redha ALLAH Subhanahu Wa Ta`ala.

    Selain itu, harapan ana selaku muslimah yang pernah menceburkan diri dalam bidang tarbiyah kepada remaja mahupun belia bermasalah khususnya wanita, sangat mencabar diri. Apa yang utama sedari awal, ikhlaskan hati, kuatkan diri apalagi mental juga fizikal untuk terus istiqomah dalam melaksanakan salah satu tuntutan dakwah ini.

    Dengan itu juga, ana mencadangkan agar pihak RAUDAH ini mengambil sebanyak mungkin pengalaman dari RAUDHATUS SAKINAH iaitu satu pusat perlindungan remaja yang bermasalah di bawah kelolaan Jamaah Islah Malaysia (JIM). RS ini telah beroperasi sekitar >< sepuluh tahun.

    sangatlah ana bersyukur dengan tertubuhnya Raudhah ini. Walaubagaimanapun seharusnya kita menanamkan azam juga cita-cita bahawa suatu ketika tiada lagi pusat perlindungan seperti ini. Maksud sedari itu, Maka tiada lagilah kemungkaran berlaku dan Pusat seperti RS mahupun Raudhah tak diperlukan lagi.

    Teruskan Perjuangan Menegakkan Islam…

  2. Syukran Atriza. Moga Allah s.w.t. menguatkan kita untuk terus berada di jalan yang diredhai-Nya. Amin.

  3. Assallammualaikum…

    Pertama sekali, tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengenali sendiri tentang serba sedikit mengenai rumah perlindungan ini. Saya Aisyah Faranaz Bt Awalluddin yang merupakan penuntut tahun pertama di dalam Ijazah Komunikasi Media UiTM Shah Alam ingin meminta jasa baik daripada pihak tuan/puan untuk menemuramah pihak berwajib tentang seks bebas. Saya diminta oleh pensyarah bersama seorang lagi rakan untuk membuat kajian tentang masalah sosial yang pernah dihadapi oleh remaja. Oleh itu, saya ingin memohon kerjasama sekiranya saya dapat menemuramah seseorang yang pernah terlibat di dalam seks bebas bagi tujuan pembelajaran. Bukan bermaksud untuk mengaibkan sesiap tetapi sekadar untuk dijadikan sumber pembelajaran dan pedoman kepada kami. Saya berharap pihak tuan/puan dapat menghubungi saya di talian 016-2024567 sekiranya bersetuju untuk ditemuramah. Saya juga akan mengirimkan segala bahan kepada pihak tuan/puan supaya pihak tuan/puan percaya yang saya tidak akan menggunakannya untuk tujuan lain. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

  4. assalamualaikum wbt…,

    saya ada masalah ni… iaitu adik saya di kampung sekarang telah mengamdung tanpa suami, dia adalah seorang janda mempunyai seorang anak lelaki masih kecil…umurnya 33 tahun… masalahnya juga dia tidak begitu cerdik otaknya, manakala emak saya pula telah berkahwin lain dan tinggal di pahang, saya pula tinggal di kedah, adik saya sekarang tinggal di terengganu bolehkah, saya hantar adik saya di pusat ini sehingga dia bersalin

  5. sy ader mslh tntang adik sy yg pasangannye mngandung sblm bernikah..buat ms ni kluarga kdua2 belah pihak xnk mnjaga si gadis..boleh ke sy yg berada di selngor mhantar gadis ni shingga bersalin di raudhah..

    • Salam.

      Maaf, RAUDHAH merupakan pusat pemulihan akhlak remaja/wanita bermasalah, bukan pusat perlindungan.

      Namun anda boleh hubungi kami untuk menghantar adik anda ke pusat perlindungan yang kami ketahui.

      Wassalam.

  6. Assalammualaikum
    Pertama sekali,saya ingin menyatakan saya br saja berumur 19 tahun dan sekarang sedang menuntut di salah sebuah ipts,saya sedang mencari khidmat kaunseling,kerana saya sedar akan kekhilafan diri,tetapi tidak tahu di mana permulaan untuk berubah,hingga sekarang saya masih rungsing dan tidak tahu hendak menyelesaikannya.
    Saya pernah terjerumus ke kancah maksiat selepas digoda oleh seorang lelaki,tetapi ibu dan ayah bnyk berkorban untuk menarik sy keluar dr kancah tersebut dengan pelbagai cara.Saya masih degil dn masih hubungi lelaki tersebut sbbnya sy sedih kerana sy hilang kehormatan diri,adakala sy cuba lupakn lelaki tersebut,tp x berdaya selama satu tahun lebih hati sy tidak tenang.Hingga satu saat saya berkenalan dengan seorang lelaki,saya dapat lupakan yg lama,tetapi sy tak sangka keluar mulut harimau masuk mulut buaya,saya juga terlanjur dengannya hinnga menyebabkan hamil,dia memaksa saya menggugurkannya,saya terpaksa melakukannya demi menjaga imejnya yg dikatakn sudah bertunang atas pilihan keluarga,sy x tahu samada dia sdh kahwin atau belum,selepas menggugurkan ank tersebut,dia menyatakan akn menjaga saya,patutkah saya menerima kata2nya,saya tak tahu ke mana arah yg patut dituju,lelaki ini sedar akn kekhilafannya,dia ajak saya bertaubat…saya kecwa x mampu menjaga diri dengan baik,sy selalu berharap lelaki ini dapat bertanggung jawb ke atas saya,tp harapan sy terlalu tipis,patut ke sy mengharap pd dia lg atau mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam…saya harap ada jalan penyelesaiannya,

  7. Kami akan cuba memberi khidmat kaunseling semampu mungkin. Cuba hubungi nombor tertera di atas untuk khidmat tersebut.

    Insya-Allah, Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada hamba-hambaNya yang benar-benar ingin kembali ke pangkal jalan…

  8. Salam, saya ingin bertanya sekiranya Raudhah dapat memberi peluang kepada kami sebagaipasangan suami isteri yg sedang mencari anak baru lahir untuk dijadikan sebagai anak kami.Sekiranya ada rezeki kami, kami ingin mendapatkannya dari pihak Rumah Raudhah,.
    Untuk pengetahuan Tuan, kami telah berkahwin hampir 3 tahun, tetapi masih belum ada tanda2 untuk memperoleh anak.dan kami teruja dan gembira sekiranya kami dikurniakan anak walaupun hanya anak angkat.kerana bagi kami anak angkat atau tidak anak itu tetap anak kami.

    • Salam. Sila hubungi di bahagian perhubungan RAUDHAH seperti yang tertera dlm blog ini. Insha-Allah, niat yang baik akan disertakan dengan hasil yang baik…

  9. Assalamualaikum
    saya ada adik yang bermasalah dengan akhlak. Dimanaakah saya sepatutnya menghantar adik saya ini untuk memperbaiki akhlaknya.
    Pelbagai cara telah dilakukan tetapi tidak terhasil. Saya harap pihak raudha dapat membantu menyelesaikan masalah yang saya hadapi.
    Saya mengetahui alamat dan nombor yang patut dihubungi.
    Sekian Terima Kasih
    Salam..

    • Salam.. Jika Pn sudi untuk di kaunseling terlebih dahulu, pihak kami sedia adakan pertemuan dengan adik pn dan keluarga. Insyallah. Telefon saudari sakinah atau saudara amir untuk atur pertemuan..

  10. assalamualaikum..saya ingin bertanya..suami saya sekarang didalam pusat pemulihan swasta..dan hampir tamat pemulihan..jadi,saya telah ditinggalkan lebih kurang 8 bulan..sebelum dia pergi kesana..dia telah melafazkan cerai..dan kami telah pun rujuk..lebih kurang sebulan selepas dia pergi..dia pulang untuk melawat arwah pakciknya..dalam masa yang sama,kami telah ‘bersama’..jadi selepas dia pergi semula ke pusat itu..lebih kurang 6 bulan..saya mengandung..dan saya mengaku yang saya telah menjalinkan hubungan dengan seseorang..tetapi terlalu awal untuk mengandung..dan bila saya mengadu hal ini pada suami saya..dia menafikan ini adalah anak dia..dan baru2 ini dia pulang untuk menceraikan saya dengan talak dua..kerana dia pasti ini bukan anak dia..dan sekarang,saya betul2 terasa kehilangan..dan allah telah buka pintu hati saya untuk bertaubat..tetapi saya mahu masuk pusat perlindungan wanita..tetapi tidak tahu bagaimana..saya tidak mahu melalui proses mahkamah yang sulit..kerana saya tidak mahu mengaibkan sesiapa..jadi,saya minta tuan tolonglah saya..saya didalam dilema sekarang…

  11. aslammualaikum saya ada anak ppuan yang suka keluar rumah tnpa beritahu saya atau ayahnya.bila saya nasihat atau pukul dia makin menjadi.saya takut dia buat yang bukan2.bolehkah saya antar dia ke raudah sebab anak saya ni dah berapa kali dah d beri kaunseling d sklh tapi makin perangai dia .dan nk tahu berapa bayaran yuran dan pebelanjaan .untuk pengetahuan anak saya baru habis pmr


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com. | The Pool Theme.
Entri-entri dan komen feeds.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: